Fanatik dengan 'FROZEN"

assalammualaikum,,,

setiap kali cerita baru keluar mesti nak beli,,mesti nak tengok ,bukan sekali tapi berkali2,,letih kita di buatnya,,apa x nya sebelum tidor tengok cerita nih,,nak makan tengok cerita ni,,kalau x main dengan kawan2 mesti on cerita nih,,sampai kan kami di rumah x leh nak tengok cerita apa dah...qaseh2 hari2 bergaduh ,berebut dengan semua orng ... ,,kalau di ruang tamu pulak astro 611 atau profesor comot tu,,semua cerita dia je yang di bukanya,,sampai remote pun di soroknya,,kalau mama nak tengok ,tunggu hari scol dia  (tadika) lah atau pun bila dia bermain dengan kawan2 atau pun masa dia pergi umah mak ani ( mak angkat ) dia,,


Pagi ni dia pesan  siap2 nanti mama belikan baju macm Elsa tu,,mak ai ..sebb dia ternampak Mia sarah pakai  baju gaun tu di tv minggu lepas...mia sarah ni pun satu...!!!  letih pulak nk g cari kain ,,warna yg sama dan lace macm tu...aduih,,poning mamaa,,, : ><


Jom dengar lagu let it go dalam 25 bahasa,,,qaseh suka sangat..bagus untuk pertuturan dan bahasa anak-anak,,qaseh faham sangat lagu nih,,,







Apa-apa pun mesti siap sendiri ,,yang penting lipstik mesti pakai walau nk ke kedai- aduai..anak aku..?? : (






Posing yang pasti -mesti selfie




 Tahun ni x sempat nak buat birthday dia dengan meriah hanya dengan family jer,,sebb ada beberapa hal ,,sian dia : (





                        Dengan kawan baru-5 minit jr okey ..lepas tu...dah mula gado2,,,majuk...!!!



http://shimasignature.blogspot.my//fanatik-dengan-frozen.html





Bila Mengidap Radang Pelviks

Penyakit Radang Pelvis

Pengenalan

Penyakit radang pelvis atau Pelvic inflammatory disease (PID) adalah satu istilah am untuk keadaan yang merangkumi infeksi dan radang alat kelamin wanita. Ini termasuk radang rahim, tiub fallopian dan kilang ovari. Kawasan persekitaran alat kelamin juga boleh terkena penyakit ini. Sesetengah jangkitan disebabkan PID adalah melalui kontak seksual.

Penyakit radang pelvis terjadi akibat jangkitan oleh bakteria 'chlamydia trachomatis' melalui jangkitan kontak seksual. Sesetengah jangkitan ini adalah disebabkan oleh jangkitan semasa hubungan kelamin. Antara bakteria yang menjadi penyebab adalah Chlamydia trachomatis. Ia boleh memberi radang kepada saluran Fallopian (salpingitis). Ini menyebabkan selaput tiub bengkak dan menyempitkan saluran tersebut. Embrio yang terhasil dari persenyawaan akan tersumbat di tiub menyebabkan mengandung di luar rahim dan kemandulan.

Kalau rawatan tidak diberi, saluran tuib akan bengkak dan menghasilkan nanah. Nanah ini akan mengotori kawasan sekitar tiub dan ovari menyebabkan permukaan luar tiub melekat dengan organ-organ sekitarnya (seperti pundi air kencing dan usus).

Adalah dianggarkan 2% dari wanita akan mengalami PID tetapi ini mungkin satu anggaran yang kurang tepat kerana kebanyakan wanita tidak mahu mendapatkan rawatan. Penyakit ini juga sukar dikesan kerana ia tidak menunjukkan gejala bagi kebanyakan pesakit.

Tanda dan Gejala

Gejala awal adalah gatal, iritasi dan lendiran yang berlebihan dari faraj dan salur air kencing. Ia berlaku di antara 7 hingga 21 hari (untuk infeksi chlamydia), dan 2 hingga 5 hari (untuk gonorrhoea). Agak biasa, kebanyakan wanita akan mendapat lendiran dari faraj yang tidak berkaitan dengan penyakit kelamin tetapi jikalau lendiran ini berbau busuk dan gatal, lebih-lebih lagi beberapa hari selepas seks, PID patut disyaki.

Penyakit radang pelvis menunjukkan sakit abdomen (perut) yang berterusan, sakit semasa ditekan dan demam sekali sekala. Sebagai tambahan, terasa kurang selesa atau juga sakit semasa mengadakan hubungan seksual. Kesan lain bakteria ini ialah barah di bibir, pada pintu masuk vagina. Jika jangkitan membabitkan lapisan rahim (endonetrium) mungkin terjadi pendarahan vagina di antara waktu haid.


Sebab-Sebab

Sekurang- kurangnya 60% kes PID adalah dari penyakit kelamin. Bakteria Chlamydia trachomatis terlibat dalam lebih dari 50% kes-kes PID sementara infeksi Gonococcal (disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoeae) adalah yang paling kerap dijumpai di Malaysia. Lebih kurang 10% wanita dijangkiti kedua-dua bakteria sekali. Chlamydia trachomatis adalah jangkitan kuman yang paling kerap didapati di negara-negara barat lebih daripada 80% wanita yang dijangkiti tidak sedar mereka dijangkiti kerana hanya sesetengah pesakit menunjukkan gejala penyakit. Ini menyebabkan bakteria chlamydia merebak.

PID juga boleh didapati dari jangkitan usus yang bengkak tetapi ini jarang berlaku.



Diagnosa

PID boleh didiagnosa dengan simptom dan pemeriksaan ginekologi. Pesakit akan mengalami demam dan swab kapas dari pangkal rahim dan faraj boleh menunjukkan kuman penyebab. Satu cara yang pasti untuk mendiagnosa PID adalah melalui pembedahan laparoskop (teropong ke dalam perut).

Komplikasi

Komplikasi utama PID adalah mengandung luar rahim dan kemandulan. Dalam kes-kes yang tegar, pembedahan perlu dilakukan untuk mengurangkan lekatan (radang itu boleh menyebabkan permukaan organ-organ di pelvis melekat antara satu sama lain). Kandungan luar rahim amat berbahaya dan boleh membawa maut disebabkan pendarahan yang banyak di dalam perut. Ini berlaku apabila tiub fallopian pecah.

Rawatan

Bakteria Chlamydia dan Gonorrhea boleh dibunuh dengan antibiotik yang sensitif kepada kuman tersebut. Tetapi kerosakkan kepada tiub dan organ-organ lain sukar untuk dirawat. Pasangan pesakit mesti dirawat sekali untuk menghindari jangkitan itu berulang. Ini penting memandangkan selalunya PID tidak menunjukkan apa-apa gejala. Bagi wanita yang berisiko tinggi seperti yang menggunakan alat mencegah kehamilan (IUCD), mereka digalakkan menggantinya dengan alternatif lain sementara mendapat rawatan.

Pencegahan

Kondom adalah efektif dalam mengurangkan PID. Pesakit perlu menghubungi pasangan (atau pasangan-pasangan) yang mereka rasa boleh dijangkiti penyakit yang sama.




Definasi
Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Penyakit ini tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut, siku lengan dan kaki tetapi boleh juga melibatkan bahagian badan yang lain termasuk kuku.
Tanda-tanda

Tahap serius berbeza bagi setiap individu. Tanda-tanda berlainan bagi setiap individu dan merangkumi :

Keguguran sisik pada kulit
Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
Gatal tetapi pada tahap yang minima
Jenis-jenis psoriasis

Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
Di kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis
Psoriasis bahagian lampin
Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia bernanah dan menyebabkan kesakitan

Komplikasi

Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:

Sendi-sendi hujung pada jari tangan atau kaki
Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki
Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)

Krim dan ubatan yang boleh melegakan.

Pelembab

Ia adalah penting untuk menjaga kulit yang terlibat lembap sepanjang masa. Anda seharusnya :
Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap bila sisik agak banyak
Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak
Sapu pelembap sebaik sahaja selepas mandi
Ubatan dan krim

Doktor akan memberi ubatan seperti :
Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine atau Calcipatriol
Cahaya ultraviolet NBUVB dan fototerapi PUVA
Di mana untuk mendapat rawatan?

Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda

Perkara perlu diingati

Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini. Jangan garu atau kikis sisik atau psoriasis kerana ia akan menjadi lebih teruk dan kulit menebal.


Ada dua jenis keputihan, aitu keputihan fisiologis dan keputihan patologis. 

Keputihan fisiologis biasanya tidak gatal, tidak bau dan datangnya pada masa subur wanita. Biasanya juga datang kepada seorang wanita dewasa terkena haid. 

Sedangkan keputihan patologis adalah keputihan yang sudah gatal, bau dan berubah warna. Ini harus segera diubati.

Salah satu jenis keputihan patologis adalah keputihan yang disebabkan karena penyakit kaser pangkal  rahim, serta keputihan akibat stress, benda asing (spiral), letih, dsb.




Keputihan akibat kanser rahim salah satu penyebabnya adalah sering * berganti-ganti pasangan.*( sensitif sikit)



histeroskop yang dimasukkan ke dalam uterus melalui serviks/pangkal rahim.



shimasignature.blogspot.myInfo Kesihatan-Apa itu Radang Pelviks



Tahun Baru 2014

Assalammualaikum ,, dah tahun 2014  hhi...

sibuk sangat kerana banyak rezeki masuk,,,bertimpa2...x percaya ke ??? lama x post kat blog ni..rindu pulak ,,apa2 pun kini aku kembali ,,kerana rindu datang bertamu...ehwah...

hari ni nk post hal nak yang sangt manja dan banyak kerenah dan kretif sesangat,,,apa tak nya ..sekejap jer rasanya qaseh dah nk g sekolah ,,Di tadika dia yang paling ramai kawan2 lelaki  sebab nya dia kan peramah ,ganas dan boleh tahan lah ...kalau kena buli dia akan buli balik..habis2 pun menangis jer...

Hari ni saya x bawak dia bila berurusan di pejabat kawan kerana  -Qaseh alysha sibuk nak ikut kakak-kakak dia g jejalan,,,ok lah tu kan ??
dapat jugak mama dia update blog hari ni...sebab kalau dia ada sebelah saya confirm dia pun sibuk nak update facebook dia...eh yer ke ? sebenar nya dalam construction,,dia sedang belajar sekarang cara2 nya post gambar  dia jer,,
Minggu ni mak angkat dia x dapat nak ambik dia sebb mak angkat nya g jalan ke indonesia ,,qaseh apa lagi siap2 pesan mintak telekung gambar princess eaww...ada ke?? janji je lah ,,,,dia suka sangat selfie,,bergambar x habis2 pantang dapat hp mula lah berselfie,,gambar2 kebanyakan nya dia ambik sendiri dan edit sendiri tau..



                                            Adik bagi mama 5 bintang  *****









Cantik x saya edit sendir ,, > _<




selfie dengan kakak  : )





kakak nih !! suka update dalm fb kan,,,




https://shimasignature.blogspot.myTahun Baru 2014



ANTARA KELETAH DAN KERENAH


Antara keletah dan kerenah

Mama..RUGI tu apa? AAAA...(x habis jawab g) oh..rugi lah dapat anak mcm awak ni...~!! ye ke.. adoihai..anak ku ni pagi2 dah buat lawak ... hari isnin ??? mama ...oi mama.. apa dia? adik dah BERUBAH... berubah apa? adik dah cuci dinding bilik air..bersihkan>> OMG..anak ku dah pandai ambik sabun ..main buih banyak2... setiap hari ada saja perlakuan dan perkataan2 baru yang dia akan ckap dan tanya..sampai x boleh duduk diam n concentrate nk buat keja... tu lah perkembangan budak2 sekarang ni dah advance.. yang saya ingat ...saya catitkan ok..

















Motivasi Pagi

Mendidik anak juga satu persaingan.. KEHIDUPAN INI ADALAH SATU PERSAINGAN. Persaingan seringkali menjadi kata yang menakutkan bagi seseorang, terutama bagi mereka yang tidak percayakan diri sendiri. Mereka akhirnya tidak pernah berusaha untuk mencapai hasil yang terbaik, sebab dia takut untuk bersaing. Ada juga yang mengatakan persaingan itu adalah positif sebab akan menggali potensi kita. Namun ada juga konsep lain yang mengatakan kita tidak perlu bersaing. Mana yang benar? Saya selalu katakan persaingan itu suatu yang sihat, agar kita selalu membina diri untuk menjadi yang lebih baik, bukan setakat untuk mengalahkan orang lain saja. Kita terus mengembangkan diri mencapai pencapaian terbaik dan boleh meraih kemenangan. Intinya kita harus selalu melakukan yang terbaik dan kita menjadi unggul, kerana dengan keunggulanlah yang akan menghasilkan kecemerlangan. Mengapa persaingan itu perlu? 1. Tanpa persaingan kita akan menjadi malas dan pasrah, tidak mahu berusaha lebih. 2. Kita boleh mengukur sejauh mana kemampuan dan ketahanan kita dalam menjalani kehidupan. 3. Persaingan membuat kita lebih bersemangat dalam menjalani kehidupan. 4. Manusia di dunia ini selalu merasa tidak puas dengan apa yang mereka punya sekarang ini, jadi mereka saling bersaing untuk memperoleh apa yang mereka inginkan. Bagi mereka yang bersifat negatif, persaingan adalah penghalang. Namun, bagi mereka yang bersifat positif dan berdaya saing, persaingan akan memberi kesan yang amat baik sama ada kepada diri atau orang lain. Persaingan yang sihat akan mencipta graf perkembangan yang baik terhadap kerjaya yang kita ceburi. Walau apa pun tindakan yang kita ambil, pastikan kita benar-benar mengetahui kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri kita sendiri. Wujudkan suasana persaingan yang sihat. Ketahuilah, orang yang benar-benar berjaya ialah orang yang boleh membawa orang lain untuk berjaya bersama-samanya

Info Kesihatan untuk Wanita

ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK MENOPAUSE AWAL ✍Menopaus awal atau pra-matang Tanda-tanda biasa atau Gejala Menopause. Menopause awal adalah tidak dapat dielakkan. Semua wanita tahu, tetapi apa yang berlaku apabila menopaus menyerang lebih awal daripada yang dijangkakan? Menopaus awal atau pra-matang boleh mengejutkan bagi wanita muda , terutamanya jika ianya berlaku di luar kawalan, tidak sedar tentang tanda-tanda dan gejala-gejala menopaus awal. Malangnya, kebenaran adalah bahawa ramai wanita muda perlu berurusan dengan bermulanya menopause awal, gejala dan kesan fisiologi dan emosi. ✍Apakah Menopaus awal? Menopaus awal atau pra-matang boleh datang sebagai satu pengalaman yang mengejutkan bagi peratus 1-4 wanita dengan keadaan yang tidak bersedia. Menopaus pramatang bermakna berakhir kehidupan pembiakan pada usia yang luar biasa awal, walaupun dalam tahun-tahun remaja wanita. Sebaliknya , ia adalah penting untuk menetapkan selain menopaus awal atau pra-matang dari premenopause , peringkat pertama proses menopaus , di mana wanita tidak menunjukkan apa-apa gejala dan mempunyai hayat pembiakan aktif. ✍Punca Menopaus Awal atau pra-matang Adalah sukar untuk menunjukkan sebab-sebab tertentu untuk menopaus pra-matang atau awal. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa situasi yang boleh mencetuskan permulaan menopaus pada usia yang awal. Secara ringkas, terdapat sebab-sebab semula jadi dan perubatan menopaus awal atau pra-matang . ✍Punca semula jadi Menopaus Awal Kegagalan ovari pra-matang (POF) : Juga dikenali sebagai menopaus pra-matang, POF disahkan apabila seorang wanita berhenti pengeluaran telur atau hormon dia perlu ovulate. Ia boleh disebabkan oleh banyak faktor , dari kecenderungan genetik untuk gangguan autoimun. ✍Punca Perubatan Menopaus Awal Jangkitan: Sesetengah penyakit telah terbukti memberi kesan kepada fungsi ovari ( batuk kering, beguk , dan lain-lain ). Histerektomi : Pembuangan rahim , tiub fallopio, ovari dan kadang-kadang menyebabkan menopaus awal. Hormon dan pengeluaran telur secara mendadak terganggu , yang membawa kepada permulaan menopaus awal atau pra-matang . Ligation Tubal : Selalunya wanita yang telah menjalani prosedur ligation tiub memasuki menopaus pada usia yang lebih awal. ✍Punca lain Menopaus Awal Tekanan : Walaupun tekanan tidak boleh menyebabkan menopaus awal dengan sendirinya , ia memainkan peranan yang penting dalam keterukan dan kekerapan gejala. Walaupun sebab-sebab yang dinyatakan di atas adalah yang paling biasa , terdapat sebab-sebab lain menopaus awal yang perlu diambil kira apabila menganalisis permulaan mungkin menopaus awal. ✍Tanda-tanda awal menopaus dan Gejala Insomnia adalah salah satu daripada gejala yang paling biasa untuk masalah menopause awal iaitu sebelum usia 40an, biasanya mengambil masa untuk mengenal pasti tanda-tanda mereka sebagai menopaus , kerana mereka muncul pada usia yang tidak dapat dikenalpasti. Gejala menopaus awal adalah sama seperti gejala menopaus pada usia yang biasa, kerana kedua-duanya adalah disebabkan oleh perubahan hormon . Walau bagaimanapun, gejala-gejala ini juga boleh berkaitan dengan keadaan kesihatan yang lain. Senarai berikut menyebut gejala yang paling biasa menopaus awal: Tanda-tanda biasa atau Gejala Menopaus Awal • kekeringan faraj • kerengsaan pundi kencing • Hot flashes • tempoh yang tidak teratur / terlepas • perubahan emosi • Kulit mata, kering, atau mulut • Insomnia • Kurang nafsu Ia adalah penting untuk mengenal pasti tanda-tanda yang secukupnya , kerana mereka juga boleh menjadi tanda-tanda penyakit yang serius atau keadaan kesihatan. ========= PENGALAMAN : ========= ♪♪♪Minggu lepas secara tidak sengaja kami telah dihubungi oleh seorang perempuan yang sudah hampir 2 tahun menopaus dan beliau adalah kali PERTAMA menggunakan produk ini. Nada suara beliau menggambarkan perasaan yang AMAT GEMBIRA dan Alhamdulillah khabar gembira yang kami terima ialah setelah hampir 2 TAHUN beliau TIDAK datang 'PERIOD' kini ia kembali hadir dalam hidup beliau. Alhamdulillah semua yang berlaku dengan Izinya Sahaja.♪♪♪ BERMINAT Untuk Mengetahui Lebih Lanjut Mengenai Masalah Anda Boleh Hubungi Kami Di sini : www.fb.com/shimaSignature https;//shima2u.blogspot.com

Kenapa ibu bapa perlu memahami kehidupan dalam perspektif anak-anak



Kenapa ibu bapa perlu memahami kehidupan dalam perspektif anak-anak.

Akak sering hilang dengan kerenah qash jugak,Qaseh seorang anak yang semua nya nk cepat buat susu nak cepat,makan nak cepat,nak sesuatu seperti ole-ole,permainan , nak cepat tapi bila suruh mandi mesti lambat,gosok gigi lagi lah susah ..kena paksa selalu..setiap hari mesti kena marah baru dia gerak..kadang-kadang geram jugak..tapi satu je yang akak dah faham Qaseh kena di pujuk cakap lembut2 baru nak ikut apa yang akak suruh. Qaseh suka menulis,mewarna dan membaca jugak..cepat memahami apa yang akak ajar kan...