TERAPI HUBUNGAN

Terapi Hubungan

sekadar renungan bersama..salam senja geng.. TEKNIK JEMPUT REZEKI Mantra memaksa rezeki masuk adalah Istighfar. Kita ibarat vakum. Apabila ada ruang kosong, akan ada sesuatu yang memenuhi ruang itu. Apabila kita ada dosa, seolah-olah ruang dalam diri kita telah penuh. Maka, rezeki sukar untuk memenuhi ruang. Apabila kita telah bersihkan dengan Istighfar, ia akan membuat rezeki dipaksa masuk untuk memenuhi ruang. Istighfar adalah penawar untuk beberapa kes. Contoh, mendapatkan zuriat, menurunkan hujan. Keajaiban Istighfar ada dijawab dalam Surah Nuh ayat 10 dan 11. Sehingga aku berkata kepada mereka, "Pohonlah ampun kepada Tuhan kamu. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Sekiranya kamu berbuat demikian, Dia akan menghantar hujan lebat mencurah kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dengan anak-pinak. Dan ia akan mengadakan bagi kamu, kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai yang mengalir di dalamnya." Dalam ayat di atas, ada 5 sumber rezeki yang Allah janjikan. Pertama, rezeki itu akan diturunkan dalam bentuk hujan yang mencurah-curah. Oleh sebab itu, digalakkan dalam solat banyakkan berisitghfar untuk meminta hujan. Apabila beristighfar, ia akan membasmi dosa, memohon taubat kepada Allah, menghapuskan kesedihan, maksiat yang akhirnya akan membawa kebaikan. Kedua, dengan istighfar juga ia akan melapangkan rezeki kita. Oleh sebab itu, perbanyakkan istighfar jika ingin banyak harta kekayaan. Ketiga, Istighfar juga membantu membanyakkan zuriat. Ada kisah pasangan yang sudah berkahwin selama 6 tahun masih dalam proses melahirkan zuriat. Apabila isterinya tahu tentang Surah Nuh, maka beliau amalkan istighfar dengan istiqamah dan berterusan dengan penuh keyakinan. Dengan izin Allah, setelah 2 bulan beliau disahkan mengandung. Subhanallah. Sumber rezeki ke-empat adalah kebun tanaman.Disebutkan dalam Al Quran bersesuaian dengan waktu Al Quran itu diturunkan. Iaitu, semasa zaman Rasulullah sumber utamanya adalah tanaman. Andai dilihat dalam bidang pertanian, ia adalah sumber makanan dan perniagaan sehingga hari ini. Kelima, sumber rezeki adalah sungai. Sungai adalah sumber untuk kehidupan, tumbuhan, haiwan dan manusia. Kebun yang bagus adalah apabila ada sungai mengalir di dalamnya. Sungai itu adalah sumber air yang utama, menyuburkan tanah, aman, makmur, boleh menambahkan kesenangan. Daripada situ, benarlah Istighfar itu pembuka rezeki. Istighfar adalah pembuka segala simpulan (keserabutan), dan pemecah kepada segala masalah. Yang baik jadi kan pengajaran.. sy~~~@shimasignature

  shimasignature.blogspot.com/Terapi Hubungan

Jurnal Cantik..


JURNAL CANTIK

Memperlambatkan Proses Penuaan. Apabila menatap wajah di cermin ,pastinya anda akan mengesan kemunculan garis-garis halus di bawah sisi mata.Mulalah anda menjadi gusar memikirkan kulit yang semakin berkedut dan menandakan proses penuaan sudah mula menerjah. Selain kulit menjadi kendur,kedut (wrinkle) merupakan masalah yang selalu mengundang resah di sanubari wanita.ia berlaku ekoran peningkatan usia yang berkait dengan kemerosotan dalam proses penghasilan unsur-unsur seperti hormon sistem endoktrin terutama nya hormon ketumbuhan manusia (HGH)yang di hasilkan dalam kelenjar pituatari. Proses ini akan mula berkurangan apabila seseorang mencapai usia 40 tahun ,badan hanya menghasilkan lima peratus daripada HGH yang di perlukan.Ini menyebabkan organ-organ semakin kurang berfungsi tindak balas kimia yang kian lemah sera pelbagai masalah lain.Dalam masa yang sama ,kulit yang dahulunya anjal semakin kendur di sertai dengan kedutan terutama pada wajah yang mencacatkan penampilan. Meski pun nampak sulit untuk di hindari,namun kaum hawa masih mampu melambatkan proses penuaan yanag berlaku.Selain gaya hidup sihat dan pengambilan diet yang seimbang wanita juga mesti bijak memilih produk kecantikan yang bukan sahaja mampu melindungi dan merawat wajah tetapi juga memperlahankan proses penuaan. satu lagi perkara perlu di beri penekanan ialah setiap wanita harus memikirkan aspek kecantikan dirinya dari hujung rambut ke hujung kaki seawal usia 20an .Justeru wanita harus bijak mengenal pasti produk yang bersesuaian untuk kulit.merawatnya dengan betul dan berdisplin adalah rahsia bagi mendapatkan kulit wajah cantik dan kelihatan muda.

https://shimasignature.blogspot.com/Jurnal Cantik

KEPENTINGAN SENI MEMPENGARUHI

KEPENTINGAN SENI MEMPENGARUHI

Hidup ini penuh persaingan. Syaratnya hanya satu, bersainglah secara sihat. Soekarno pernah berkata : “Aku terlahir untuk menaklukkan, bukan untuk ditaklukkan “. Faktanya, 90 % dari keputusan yang kita ambil bersandarkan kepada emosi atau perasaan.

Kita selalu menggunakan logik untuk membenarkan tindakan-tindakan kita. Mempengaruhi seseorang bukanlah menentang konsep diri setiap orang. Melainkan menawarkan konsep diri yang lebih KREATIF dan UNIVERSAL.

Kita cenderung menginginkan sesuatu yang sukar untuk dimiliki. Semakin kita menginginkan sesuatu, kita patut berusaha lebih gigih untuk mendapatkannya. Hal ini wajar, kerana jika kita terlalu mudah untuk ditaklukkan, dia akan menganggap kita 'taken for granted' yang sangat mudah dicampakkan.

Setiap dari kita memiliki naluri ingin tahu yang tinggi. Unsur suspen dan misteri mesti ada dalam setiap drama. Mengapa? Pemandangan yang sering ditemui tidaklah menarik perhatian. Kita inginkan pemandangan yang lebih segar dan membuatkan kita berfikir.

Begitu juga dengan seni berkomunikasi, aturkan jalur waktu, agar tercipta ruang-ruang rindu. Perasaaan rindu atau suka sangat bergantung pada bagaimana kita membuat pasangan kita itu tenang dan selesa.

Bicaralah ketika suasana hatinya sedang baik. Namun, bagaimana cara mengetahui suasana hati seseorang ? Lihatlah moodnya , senyuman dan matanya. Tatap matanya tanpa nafsu. Lebih banyak kita mendengar dan sedikit berbicara akan membuatkannya selesa dengan anda.

Semakin kita menyukai seseorang, semakin kita menganggap dia menarik. Kita cenderung lebih menyukai orang yang menyukai kita. Ketika kita mengetahui bahawa kita dihargai, secara spontan kita akan turut menghargainya. Kita menyukai mereka yang mempunyai kesamaan dengan kita. ‘Satu kepala’lah katakan!

Bertemanlah dengan orang yang anda ingin seperti mereka. Daya tarikan anda diperkuat oleh teman anda kerana kita terlihat sebagai satu kesatuan. Berteman dengan orang hebat membuat kita terpercik kehebatannya. Gunakan bahasa yang positif. Bahasa memiliki pengaruh besar terhadap cara kita memandang sesuatu.

Sebenarnya "SENI MEMPENGARUHI " adalah perkara yang menjadi rutin harian kita. Tetapi kita mungkin mengabaikannya kerana menggangap tidak perlu atau barangkali kita terlupa sejenak bahawa kita semua adalah pemimpin kepada diri sendiri.


ShimaSignature.blogspot.com/KEPENTINGAN SENI MEMPENGARUHI

Adikku make up



QASEH DAN MAKE UP

Kalau bab make up bagi kat dia,so hati-hatilah dengan barang make up anda..kerana qaseh ni pantang tengok lagi2 lipstik..kalau nak di kira entah brapa banyak lipstik akk yang patah,hilang ..begitu juga dengan kepunyaan kakak2 nya..tapi walaupun begitu kami suka sangat bila karektor dia bermekap..macam orang besar dia tau dan mahir mana nak letak shadow dan pemerah pipi..

kalau x mekap sehari x sah..ada mood jugak ..kalau nak melawa tu ..macam-macm dia pakai..sampai lah sekarang ni pantang nampak alat2 make up mula lah tangan dia gatai nak pakai..hahaha..ada lagi gambar -gambar selepas dia make up sendiri..semua buat sendiri tau..



ShimaSignature.blogspot.com/Adikku make up

KEPAK DAN LEHER AYAM BAHAYA UNTUK WANITA


KEPAK DAN LEHER AYAM BAHAYA UNTUK WANITA !

TAHU KAH ANDA BAHAGIAN KEPAK AYAM ATAU LEHER AYAM YANG ANDA MAKAN BAHAYA KEPADA KESIHATAN SEORANG WANITA KERANA MEMPUNYAI SEJENIS STEROID ATAU VACCINE YANG BOLEH MENYEBABKAN PERTUMBUHAN DALAMAN.
BAHAYA KEPAK AYAM PADA PEREMPUAN KERANA TERDAPAT BAHAN STEROID ATAU DI SUNTIK VACCINE DALAM DAGING AYAM TERNAK YANG BOLAH MENYEBABKAN PERTUMBUHAN SISTA (CYST) DALAMAN.OLEH ITU ELAKKAN DARIPADA MEMAKAN KEPAK AYAM (CHICKEN WING) DENGAN KERAP TERUTAMANYA KAUM WANITA (BEGITU JUGA LELAKI)
AYAM TERNAK BIASANYA DI SUNTIK DENGAN STEROID ATAU DI SUNTIK VACCINE DI LEHER ATAU KEPAK.INI DI SEBABKAN DI TEMPAT-TEMPAT INI BAHAWA KEPEKATAN TERTINGGI STEROID WUJUD.
INI BERBAHAYA DALAM KEHADIRAN HORMON WANITA,DAN AKAN MEMBAWA KEPADA KECENDERUNGAN PERTUMBUHAN SISTA DI DALAM RAHIM WANITA.
HANYA SEKADAR BERKONGSI INFO :

BOLEH MAKAN TAPI JANGAN LAH TERLALU BANYAK,BOLEH MAKAN TAPI JANGAN MAKAN BANYAK ..NAK MAKAN JUGAK MAKAN AYAM KAMPUNG ATAU AYAM ORGANIK..

SILA KLIK KE LINK.>> www.fb.com/Shimasignature ketahui rahsia melindungi tubuh anda dari kanser..
share juga kepada yang tersayang..







ShimaSignature.blogspot.com/kesihatan

Qaseh Dan Perangai Pelik Nya

Apa yang pelik tu??

aha nk tau ?? baca sampai habis k..qaseh ni  suka tidur atas perut..malang nya mama dia ni  x ada lemak kat perut so sakit jugak bila dia baring kat perut..rimas jugak kalau lama2.. bila x bagi baring kat perut akk..apa lagi mengamuk sakan lah..Rupa-rupanya..pengasuh nya atau mak ani nya lah yang ajar tu..hehehe..mana x nye mak ani anak beranak semua nya berbadan besar dan boleh tahan jugak lah..perut masing -masing...hahaha..dah bertahun selesa tidur macm tu sampai sekarang lah ..dia suka dok baring dan  usap perut masa nk tidur..

Satu g ..bab puting ni...dari lahir dah di ajar  hisap puting..sebab selalu lapar jer dia....hilang jer puting akk mesti belkani yang baru,bukan apa nanti malam x leh tido di buat nye...macam - macam warna ada ..kata orang boleh buat koleksi lah..cuba jugak letak benda yang pahit kat puting kosong tu..ermm x lut gak..dia suruh eli yang baru...nak buat cam ner kan ?? anak manja apa nak... semua di turutkan..

gambar ni puting yang berapa puloh pun x pasti ..nak ikutkan banyak lagi ..tapi gambar puting-puting tu dah hilang...

Macam biasa ..mesti ada bantal busuk kan ?? bantal yang mula2 dari lahir tu dah jadi korban ..akk dah gunting buang isi dalam nya...sebb x mau dia terus kan habit melekatkan kat hidung nya bau yang dah kepam tu..hihihi...



ha abik ko..ni lah natijah nya kalau hisap puting ...kan dah x cute..yang lain ok..bab gg tu yang x leh blah tu...hahhah..


ada banyak g perangai pelik dak qaseh ni..nanti akk cerita lagi...stay tune...bye..ceh ceh ceh...

ShimaSignature.blogspot.com/Perangai Pelik

Tentang Dia

Qaseh Alysha Loves Vemma

Inilah Minuman kesihatan yang di sukai oleh Qaseh....dan Mama Rich ceh ceh ceh... gak..

Nama Penuh Nur Qaseh Alysha ,Umur 5 tahun..Lahir Pada Januari 2008 ..masa nak lahirkan dia aduh bukan main happy g sebb dia anak yang lahir pada usia akk 40 an..kata doktor x elok beranak lagi dalam usia yang macm ni ..tapi nak buat cam ner dia lahir kerana perkahwinan kali kedua akk dengan suami baru..huhu dah 2 kali kawin ke kak? hahaha nk buat cam ner kan jodoh dah sampai lagi..x baik tau elak jodoh kalau allah dah tentukan ..kena ingat satu jodoh ,ajal,maut ,rezeki datangnya dari Allah kita hanya usaha untuk menjaga dan mencari nya..kalau kata jodoh ada kali yang ke 3 pun akak terima hihihi..bukan apa pun kita x tau bila akan berlaku tsunami dalam rumah tangga ni..ye dak..Qaseh ada 2 orang kakak dan 2 orang abang dari ayah yang berlainan..Alhamdullilah anak2 akk sayang dan terima adik yang baru ni seperti menatang minyak yang penuh..maklumlah adik yang paling kecil pun dah berusia 12 tahun masa dapat adik baru..semua terima dengan penuh kasih dan sayang, tiada prasangka berlainan bapa pun..alhamdullilah semasa melahirkan Qaseh akk dalam condition yang happy go lucky, malah semasa membawa dalam kandungan selama 9 bulan   dia sentiasa mendapat perhatian .mana2 pergi kawan2 chinese selalu dok usap dia katanya baby ni lucky lah ..mcm2..sampaikan apa yang akk buat semua nya berjaya..dan sentiasa dapat perhatian lah di Imigresen tu..Tapi nak cakap jugak lah ..semasa dalam perut lagi dak qaseh ni memang aktif.sangat dan .kuat menendang ..kadang2 tu x larat nak layan kerenah dia dari dalam perut lagi macam -macam..

nak gambar Qaseh x ?? 1st day born .. dah macam model tau...

































                             


 Semua masih indah dalam kenangan,qaseh suka bergambar sejak lahir..sampai sekarang...


ShimaSignature.blogspot.com/Tentang Dia



Salam Dari Mama Rich

KU MASIH DI SINI : )

Assalammualaikum semua.harap semua nya sihat dan berbahagia bersama keluarga tersayang,,.hari ni kak shima nak siapkan satu g blog yang secara ringkasnya lebih kepada cerita anak akk yang memberi semangat dan sumber inspirasi akk ..blog ni berbeza sikit dari yang sebelum nya..Dah lama x menulis ni..agak kekok gak nak tunggu idea datang bergolek..tau-tau je lah bila start idea datang ada jer yang dok mengacau ..siapa lagi kalau tak anak akk yang tomei dan noty nih..hihihi..

Nak mula di mana yek?..x per x pe kita start dengan cerita akk dulu yek..uhh bukan senang tau nk kongsi cerita kisah hidup dengan orang lain...nih..
Tapi x per demi minat menulis dan santai2 sambil membuang masa tu baik buat benda2 yang berfaedah ye dak..Sebelum tu nak ucap terima kasih lah pada orang yang banyak beri semangat dan tunjuk ajar kat akk dalam bidang yang agak ketat jugak nih..sape g kalau bukan Cahaya Diana (dee) yang amat di sayangi dan di sanjungi..he he he ..bukan membodek tapi dengan ikhlas hati nak memuji sebab x pernah jumpa orang yang ikhlas ,x kedekut ilmu dan sebaik budi adik sorang yang comey dan cute ni..merangkap "sifu" .(.yang tersipu-sipu bila senyum..) hahaha paham dak bahasa melayu yang x brapa nk melayu tu...!!!

Apa-apa pun stay tune ok..jangan lupa tau ..baca kisah seterus nya dan sepanjang perjalanan kenangan yang penuh ranjau akk lalui ni..ceh ceh ceh..mcm nak sedih lak yer...

cambiasa akk akan cerita dari masa ke semasa..bye wasalam..


ShimaSignature.blogspot.com/Salam Dari Mama Rich