JURNAL CANTIK
Memperlambatkan Proses Penuaan. Apabila menatap wajah di cermin ,pastinya anda akan mengesan kemunculan garis-garis halus di bawah sisi mata.Mulalah anda menjadi gusar memikirkan kulit yang semakin berkedut dan menandakan proses penuaan sudah mula menerjah. Selain kulit menjadi kendur,kedut (wrinkle) merupakan masalah yang selalu mengundang resah di sanubari wanita.ia berlaku ekoran peningkatan usia yang berkait dengan kemerosotan dalam proses penghasilan unsur-unsur seperti hormon sistem endoktrin terutama nya hormon ketumbuhan manusia (HGH)yang di hasilkan dalam kelenjar pituatari. Proses ini akan mula berkurangan apabila seseorang mencapai usia 40 tahun ,badan hanya menghasilkan lima peratus daripada HGH yang di perlukan.Ini menyebabkan organ-organ semakin kurang berfungsi tindak balas kimia yang kian lemah sera pelbagai masalah lain.Dalam masa yang sama ,kulit yang dahulunya anjal semakin kendur di sertai dengan kedutan terutama pada wajah yang mencacatkan penampilan. Meski pun nampak sulit untuk di hindari,namun kaum hawa masih mampu melambatkan proses penuaan yanag berlaku.Selain gaya hidup sihat dan pengambilan diet yang seimbang wanita juga mesti bijak memilih produk kecantikan yang bukan sahaja mampu melindungi dan merawat wajah tetapi juga memperlahankan proses penuaan. satu lagi perkara perlu di beri penekanan ialah setiap wanita harus memikirkan aspek kecantikan dirinya dari hujung rambut ke hujung kaki seawal usia 20an .Justeru wanita harus bijak mengenal pasti produk yang bersesuaian untuk kulit.merawatnya dengan betul dan berdisplin adalah rahsia bagi mendapatkan kulit wajah cantik dan kelihatan muda.



0 ulasan:
Catat Ulasan