Motivasi Pagi
Mendidik anak juga satu persaingan..
KEHIDUPAN INI ADALAH SATU PERSAINGAN.
Persaingan seringkali menjadi kata yang menakutkan bagi seseorang, terutama bagi mereka yang tidak percayakan diri sendiri. Mereka akhirnya tidak pernah berusaha untuk mencapai hasil yang terbaik, sebab dia takut untuk bersaing.
Ada juga yang mengatakan persaingan itu adalah positif sebab akan menggali potensi kita. Namun ada juga konsep lain yang mengatakan kita tidak perlu bersaing. Mana yang benar?
Saya selalu katakan persaingan itu suatu yang sihat, agar kita selalu membina diri untuk menjadi yang lebih baik, bukan setakat untuk mengalahkan orang lain saja.
Kita terus mengembangkan diri mencapai pencapaian terbaik dan boleh meraih kemenangan. Intinya kita harus selalu melakukan yang terbaik dan kita menjadi unggul, kerana dengan keunggulanlah yang akan menghasilkan kecemerlangan.
Mengapa persaingan itu perlu?
1. Tanpa persaingan kita akan menjadi malas dan pasrah, tidak mahu berusaha lebih.
2. Kita boleh mengukur sejauh mana kemampuan dan ketahanan kita dalam menjalani kehidupan.
3. Persaingan membuat kita lebih bersemangat dalam menjalani kehidupan.
4. Manusia di dunia ini selalu merasa tidak puas dengan apa yang mereka punya sekarang ini, jadi mereka saling bersaing untuk memperoleh apa yang mereka inginkan.
Bagi mereka yang bersifat negatif, persaingan adalah penghalang. Namun, bagi mereka yang bersifat positif dan berdaya saing, persaingan akan memberi kesan yang amat baik sama ada kepada diri atau orang lain. Persaingan yang sihat akan mencipta graf perkembangan yang baik terhadap kerjaya yang kita ceburi.
Walau apa pun tindakan yang kita ambil, pastikan kita benar-benar mengetahui kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri kita sendiri. Wujudkan suasana persaingan yang sihat. Ketahuilah, orang yang benar-benar berjaya ialah orang yang boleh membawa orang lain untuk berjaya bersama-samanya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blog Subscription
Search this blog
REVOLUSI BISNES DARI RUMAH
Mengenai Saya
Popular Posts
-
Qaseh Alysha Loves Vemma Inilah Minuman kesihatan yang di sukai oleh Qaseh....dan Mama Rich ceh ceh ceh... gak.. Nama Penuh Nur Qaseh Al...
-
Assalammualaikum ,, dah tahun 2014 hhi... sibuk sangat kerana banyak rezeki masuk,,,bertimpa2...x percaya ke ??? lama x post kat blog ni....
-
JURNAL CANTIK Memperlambatkan Proses Penuaan. Apabila menatap wajah di cermin ,pastinya anda akan mengesan kemunculan garis-garis halus...
-
assalammualaikum,,, setiap kali cerita baru keluar mesti nak beli,,mesti nak tengok ,bukan sekali tapi berkali2,,letih kita di buatnya,,ap...
-
Penyakit Radang Pelvis Pengenalan Penyakit radang pelvis atau Pelvic inflammatory disease (PID) adalah satu istilah am untuk keadaa...
-
Apa yang pelik tu?? aha nk tau ?? baca sampai habis k..qaseh ni suka tidur atas perut..malang nya mama dia ni x ada lemak kat perut ...
-
Mendidik anak juga satu persaingan.. KEHIDUPAN INI ADALAH SATU PERSAINGAN. Persaingan seringkali menjadi kata yang menakutkan bagi se...
-
KU MASIH DI SINI : ) Assalammualaikum semua.harap semua nya sihat dan berbahagia bersama keluarga tersayang,,.hari ni kak shima nak siapka...
-
Qaseh Dan Kartun berpisah Tiada :- Cerita yang popular dengan tag line betul..betul..betul.. aha tau kan UPIN & IPIN lah... ...
-
KEPAK DAN LEHER AYAM BAHAYA UNTUK WANITA ! TAHU KAH ANDA BAHAGIAN KEPAK AYAM ATAU LEHER AYAM YANG ANDA MAKAN BAHAYA KEPADA KESIHATAN SEOR...
Dikuasakan oleh Blogger.
.jpg)



0 ulasan:
Catat Ulasan